Oleh : Majlis Perwakilan Pelajar

 

16 MAC 2024,POLITEKNIK MELAKA - Program Transformasi MPP Bersama Alumni MPP  yang mana disertai oleh 18 orang ahli Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2024 bersama mantan Majlis Perwakilan Pelajar bermula daripada sesi 2016 sehingga sesi 2022 yang terdiri seramai 30 orang telah berlangsung dengan jaya dan meriah.

Program ini bertujuan untuk membantu meningkatkan jiwa kepimpinan MPP bagi mengekalkan satu warisan kepimpinan yang berkaliber dan beridentiti dalam setiap tindak tanduk yang bakal dilaksanakan.

Program ini bermula pada jam 8 pagi - 11 malam dan aktiviti - aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti berikut :

1) Sesi Pagi bersama Alumni MPP yang diketuai oleh mantan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar pada sesi 2019. Pelbagai input dan idea yang diberikan oleh seluruh Alumni MPP termasuklah Program tradisi, prosedur bagi memohon tajaan dan kolaborasi bersama mantan MPP yang kini sedang menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

2) Sesi perkongsian pendapat di mana MPP sesi 2024 dipecahkan kepada 3 kumpulan iaitu barisan Majlis Tertinggi, Sektor strategik dan Sektor operasi dan meluahkan perasaan dan sesi bertukar pendapat bersama Alumni yang ditugaskan bagi setiap kumpulan.

3) Sesi Latihan Dalam Kumpulan yang di mana tajuknya adalah "sekiranya YDP tiada" dan kumpulan dipecahkan mengikut lebihan Majlis Tertinggi iaitu 5 kumpulan dan perlu untuk melalui 6 checkpoint yang mempunyai berbeza - beza cabaran dan tugasan bagi meningkatkan kefahaman berkaitan skop kerja MPP, Akta 174 dan tugasan berkumpulan.

4) Sesi iftar bersama Alumni yang menggunakan konsep "portluck" iaitu membeli makanan di bazar Ramadhan dan makan bersama - sama sambil mengeratkan ukhuwah dan bertukar pandangan dan nasihat.

Adalah diharapkan agar program ini dapat diteruskan pada setiap penggal secara amnya dan Majlis Perwakilan Pelajar sesi baharu secara khususnya agar jiwa kepimpinan dan perkembangan idea dalam kalangan Majlis Perwakilan Pelajar dapat diperluaskan.