AMBIL APA SAJE SECARA PERCUMA DI SAUQ MAJJANI

Ditulis Oleh : Siti Salbiah Binti Ahmad Shariff

6 Dis 2023, Rabu. Seramai 9 orang pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Melaka telah menjayakan program Ambil Apa Saje Secara Percuma di Sauq Majjani, Bukit Baru, Melaka. Barangan yang diambil adalah seperti baju t-shirt, baju kemeja, seluar dan lain-lain. Ianya adalah dari sumbangan secara individu atau berkumpulan kepada golongan yang memerlukan. Progam ini telah diiring oleh Puan Siti Salbiah Binti Ahmad Shariff, selaku Penasihat CESAC, Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Politeknik Melaka. Program seumpama ini akan dijalankan dari masa ke semasa bagi memberi peluang kepada penerima sumbangan dari Politeknik Melaka untuk mengambil barangan secara percuma. Semua pelajar gembira dan berpuas hati dengan “hasil” yang dibawa pulang bagi menjalankan aktiviti seharian.