24 NOVEMBER 2022, Khamis – Program CSR anjuran Commerce Department Society (CODES) telah dijalankan di Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran (JAIM), Chenderah Melaka (SMTAQ). Program CSR ini merupakan sebuah program yang melibatkan seramai 12 orang pelajar Jabatan Perdagangan dan seorang pensyarah pengiring yang telah bersama-sama dengan pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 4 SMTAQ bagi program “Easy Maths”.

Program Tutor@School ini merupakan suatu inisiatif yang diketengahkan oleh para pelajar Jabatan Perdagangan, Politeknik Melaka untuk menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial bersama komuniti. Sasaran komuniti pada kali ini ialah pelajar sekolah. Sejajar dengan usaha menggalakkan program CSR dan memupuk kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar, pelajar yang terlibat telah secara sukarela menawarkan diri untuk menjadi tutor bagi program ini. Persiapan seperti bahan pengajaran dan pembelajaran serta bengkel untuk menilai kompetensi tutor juga telah dijalankan bagi memastikan tutor yang dihantar bagi program ini merupakan tutor yang berkelayakan.

Sepanjang program dijalankan, pelajar-pelajar SMTAQ menunjukkan respon yang sangat positif dan usaha menarik minat mereka dalam bengkel Easy Maths ini adalah sangat memberangsangkan. Guru-guru SMTAQ yang telibat juga memuji usaha pihak Politeknik Melaka dalam menjalankan program seperti ini dan berhasrat untuk menjalankan lebih banyak aktiviti kolaborasi dan CSR pada masa akan datang.

Kami berharap agar program seperti ini dapat diperbanyak dari semasa ke semasa demi memupuk nilai kepimpinan dan insaniah pelajar. Selain daripada itu, impak positif yang diterima daripada pihak sekolah juga amat memberangsangkan dan kerjasama pada masa akan datang adalah sangat dihargai.  

 Sumber: Nur Izzatie Husna, Jabatan Perdagangan