Majlis Bersama Jabatan
Pengenalan
Majlis Bersama Jabatan adalah landasan bagi saluran dua hala antara pihak pekerja dan pihak pengurusan untuk berkomunikasi dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea demi kepentingan dan kebaikan sesuatu organisasi. Di peringkat Politeknik Melaka, majlis ini dianggotai oleh wakil dari pengurusan yang terdiri dari pihak pegawai dan wakil pihak pekerja yang terdiri dari kumpulan pegawai bawah gred 48.
Objektif
- Untuk memperoleh seluas-luas kerjasama antara pegawai serta kakitangan PMK dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kelicinan kerja dan kebajikan pekerja berkenaan
- Untuk mengadakan jentera bagi mengurus soal-soal mengenai syarat bekerja; dan
Untuk mengumpul buah fikiran, pendapat dan pandangan daripada pekerja-pekerja melalui wakil rasmi KPT
Isu Isu yang boleh dibawa oleh wakil ke MBJ?
Skop isu yang boleh dibincangkan dalam MBJ adalah berkaitan perkara-perkara berikut:-
- Isu elaun dan kemudahan
- Isu kewangan
- Isu perkhidmatan
- Isu skim perkhidmatan dan perjawatan
- Isu Kebajikan
- Isu Pentadbiran dan;
- Hal-hal selain dari perkara-perkara yang menyentuh peraturan dan dasar kerajaan dan hal yang berkaitan orang perseorangan dan masalah peribadi. Walau bagaimanapun, isu berkaitan dasar boleh dibincangkan dengan tujuan menerangkan pelaksanaannya sahaja.