Sumber: Puan Norraihan Binti Mohd Aini, Pegawai Pengurusan Kualiti, Unit Jaminan Kualiti.

 

Politeknik Melaka, 19 Oktober 2022 - Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) telah dijalankan pada 17 dan 18 Oktober 2022, di Hotel La Crista, Melaka. MKSP kali ini telah dipengerusikan oleh Tuan Pengarah Politeknik Melaka, Sr. Hj. Razali Bin Johari.

Mesyuarat yang diadakan ini telah membincangkan perkara-perkara yang akan memastikan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Politeknik Melaka (PMK) sentiasa berkesan dan sesuai dilaksanakan di PMK. MKSP ini juga telah dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi, Ketua Jabatan, Ketua Unit, Pemilik Proses, Pegawai Pengurusan Kualiti. Setiausaha dan Urusetia MKSP.

Mesyuarat dilaksanakan selama dua hari ini telah memberikan ruang dan peluang kepada semua jabatan, unit dan pemegang pemegang portfolio untuk membentangkan laporan yang berkaitan. Adalah diharapkan laporan yang dibentangkan ini dapat membantu semua pihak terlibat untuk menganalisa dan mengambil tindakan  sebagai CQI bagi mencapai KPI SPK PMK amnya.