SELASA 29 November Program i3Ce (Innovation Competition, Conference & Career Exhibition) merupakan satu program yang merangkumi beberapa aktiviti iaitu pembentangan dan pertandingan projek akhir pelajar, hari lnovasi dan program kerjaya seperti sesi taklimat kerjaya bersama industri atau institusi serta sesi temuduga alumni oleh industri. Program ini diadakan mengikut sesi iaitu sesi Disember dan sesi Jun.

Pertandingan ini diadakan bertujuan melatih pelajar dalam kemahiran berkomunikasi, kerja berkumpulan, membuat perancangan kerja, membuat keputusan, cadangan, dan menambahkan kreativiti dengan menggunakan kemudahan yang ada terutamanya sepanjang menjalankan kajian. Kajian yang dijalankan merangkumi pelbagai kaedah, antaranya kaedah ujikaji makmal, kajian ilmiah, sesi temuramah dan temuduga, rekabentuk inovasi, cadangan penambahbaikan, atau ulasan kritikal terhadap aspek kejuruteraan. lanya bukan sahaja akan melatih setiap peserta agar berfikiran kreatif, malah menggalakkan kerjasama berkumpulan dan juga pengurusan masa yang berkesan.

Terdapat 2 kategori dipertandigkan iaitu Kategori Produk dan juga ilmiah. Pemenang untuk kategori ilmiah ialah pelajar dari Jabatan perdagangan yang merangkul tempat 1 dan ke-3, manakal tempat ke-2 dari Jabatan Kejuruteraan Awam. BAgi ketegori Produk ialah tempat pertama dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal manakala tempat ke-3 dan ke-3 dimenangi oleh Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Selain itu, seramai 6 juri yang sangat berpengalaman didatangkan khas dari pelbagai bidang yang bertanggungjawab mengadili setiap hasil kerja pelajar. Juri-juri tersebut ialah  Prof. Madya Ts. Dr. Suraya Hani Binti Adnan – UTHM, Dr. Ahmad Azahari Bin Hamzah- Universiti Kuala Lumpur, Dr. Mastura Binti Roni- Uitm, Ahmad Safwan Bin Salim- Global Product Development Specialist, Ms. Lim Su Pueh-JKR dan Aiman Syahmi Bin Adnan- Triple C Lightning Enterprise. Majlis penutup ini dirasmikan oleh YBrs. Sr Haji Razali Bin Johari iaitu pengarah Politeknik Melaka.

Selain program ini dijalankan,turut diadkan  Program Hari Kerjaya Syarikat telah dijemput untuk mengadakan temuduga dan juga slot untuk syarikat berdialog serta mengadakan pameran/promosi agensi mereka. Beberapa IPTA/S juga mengambil bahagian didalam program ini untuk mempromosikan IPTA/S mereka. Pelajar semester 4 hingga semester akhir akan diberi pendedahan dan perkongsian maklumat oleh agensi/syarikat serta IPT A/S.

 

Berikut adalah senarai pemenang: