PEMBENTANGAN PROJEK AKHIR DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL SESI 1 2022:2023
24 NOVEMBER 2022, POLITEKNIK MELAKA - Aktiviti pelajar bagi Sesi 1 2022:2023 ditutup dengan, Program Pembentangan Projek Akhir Diploma Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, PMK. 18 projek akhir dipamerkan untuk penilaian 3 orang ahli panel yang terdiri 3 orang Pensyarah Kanan Politeknik Port Dickson. Setiap kumpulan diwajibkan untuk menerapkan elemen IR 4.0 dalam setiap projek yang dicadangkan. Dalam ulasan Ketua Penilai , Ts.Jalil merumuskan bahawa terdapat projek-projek yang menampilkan konsep yang amat baik. Pelajar juga diingatkan agar projek akhir tidak berakhir setakat disini. Malah perlu untuk berfikir lebih jauh bagi tujuan penambahbaikan. Majlis Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah II, Ts. Abd.Halim bin Mahat. 3 pemenang terbaik akan bertanding ke peringkat Politeknik Melaka i3Ce 2022.
Keputusan penuh Poster Terbaik Sᴍᴀʀᴛ Tᴏᴏʟs Sᴛᴏʀᴀɢᴇ
Persembahan Terbaik
Aᴍᴘᴀɪᴀɴ Eʟᴇᴋᴛʀᴏɴɪᴋ
Johan
Sᴍᴀʀᴛ Tᴏᴏʟs Sᴛᴏʀᴀɢᴇ
Naib Johan
Sᴏʟᴀʀ Dʀʏᴇʀ
Ketiga
IOT Bᴀsᴇᴅ Fʟᴏᴏᴅ Dᴇᴛᴇᴄᴛɪᴏɴ & Eᴀʀʟɪᴇʀ Wᴀʀɴɪɴɢ Sʏsᴛᴇᴍ