14 November 2022, Politeknik Melaka – Unit Peperiksaan, PMK telah berjaya menganjurkan Bengkel Jawatankuasa Semakan & Kesahan Set Item Peperiksaan Akhir Program Jabatan Perdagangan: Diploma Perniagaan Antarabangsa (DPI) Sesi I : 2022/2023 bagi Program DPI pada 8 – 10 November 2022, bertempat di Makmal e-Learning, Politeknik Melaka

Bengkel ini bertujuan  untuk pengumpulan draf item peperiksaan akhir yang akan melalui proses penilaian dan permurnian dari seluruh Politeknik Malaysia melibatkan pegawai peperiksaan, ketua panel penilai, panel penilai dan penyemak bahasa  yang dilantik. Proses ini memerlukan penyelarasan dan permurnian terperinci bagi mengelakkan sebarang masalah berkaitan set item. Bengkel  ini melibatkan sebanyak 20 set item peperiksaan bagi program Diploma Perniagaan Antarabangsa (DPI). Ianya merangkumi semakan ke atas format penulisan kertas item,peraturan permarkahan, ketepatan soalan peperiksaan (FEIST).Menerusi bengkel ini, 20 set lengkap item peperiksaan akhir yang berkualiti akan dihasilkan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan akhir Sesi I : 2022/2023

                             

 

 Unit Peperiksaan berharap bengkel ini dapat memberi impak dimana semua set item peperiksaan akhir dan peraturan pemarkahan telah dimurnikan mengikut FEIST dan arahan yang telah diberikan oleh pihak BPN.Selain itu, semua set item peperiksaan akhir dan peraturan pemarkahan yang dimurnikan telah disahkan oleh pihak ketua panel penilai serta semua set item peperiksaan akhir yang dihasilkan adalah berkualiti memenuhi tahap diploma dan juga mengandungi ciri-ciri seperti kesahan, kebolehpercayaan dan keadilan.

  Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapkan tahniah serta terima kasih kepada peserta yang terlibat kerana telah berjaya melaksanakan bengkel tersebut dengan jayanya.