04 November 2022 (Jumaat) – Suatu initiatif bagi membantu pelajar untuk lebih yakin dalam menjawab penilaian akhir telah diusahakan oleh pensyarah-pensyarah kursus DPB30073 Business Law. Bengkel teknik menjawab penilaian akhir telah dilaksanakan dengan melibatkan seramai 76 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar semester 2 Diploma Akauntansi dan pelajar semester 3 Diploma Perniagaan Antarabangsa.

Bengkel ini bertujuan untuk membimbing pelajar cara-cara untuk memahami dan menjawab soalan mengikut kehendak soalan dan selaras dengan skema jawapan yang dikehendaki. Pelajar diberikan soalan-soalan bagi menilai sejauh mana impak bengkel yang telah dijalankan. Hasil daripada bengkel ini, pelajar lebih yakin dan faham cara untuk menjawab soalan mengikut kehendak soalan. Program ini berakhir pada jam 12:00 tengah hari.

Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Diharapkan agar program ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk terus membimbing pelajar ke arah yang lebih baik.

Sumber: Nur Izzatie Husna binti Zawawi, Penyelaras Kursus DPB30073