BENGKEL ‘SMART PRESENTATION’ JMSK
Sumber: Pn. Suhaizila binti Sari
POLITEKNIK MELAKA, 13 Oktober 2022 – Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Melaka(PMK) telah menganjurkan sesi Bengkel ‘Smart Presentation’ bertempat di Makmal e-Learning PMK. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh semua ketua kumpulan mini projek kursus Sains Kejuruteraan Semester 1 dari Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Pelaksanaan bengkel ini merupakan langkah yang diambil bagi memberikan pendedahan kepada pelajar terhadap kaedah menghasilkan slaid pembentangan, poster dan video dengan menggunakan perisian Canva. Tujuan bengkel ini dilaksanakan adalah bagi meningkatkan kemahiran pelajar dalam menghasilkan medium pembentangan dengan lebih menarik. Disamping itu, dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam penilaian pembentangan bagi kursus Sains Kejuruteraan dan Matematik Kejuruteraan. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Dr. Azlan Bin Muharam selaku Pegawai Inovasi Politeknik Melaka, PMK bersama-sama pensyarah-pensyarah dari Jabatan Matematik, Sains dan Komputer. Diharapkan dengan pelaksanaan bengkel ini pelajar dapat didedahkan dengan kaedah menghasilkan medium pembentangan dengan lebih menarik dan tersusun.