27 OKTOBER 2022, POLITEKNIK MELAKA – Unit Teknologi Maklumat, Politeknik Melaka(PMK) telah menganjurkan sesi Bengkel Pemurnian Laman Web PMK  bertempat di Makmal e-Learning PMK. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh Pasukan Pengurusan Kandungan Laman Web PMK yang terdiri daripada wakil setiap jabatan, unit dan jawatankuasa di PMK. Pelaksanaan bengkel ini merupakan langkah yang diambil bagi memastikan kandungan laman web PMK adalah terkini, tepat dan sahih selaras dengan dasar yang telah ditetapkan di dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2 Tahun 2015 – Pengurusan Laman Web Agensi Sektor Awam yang sedang berkuatkuasa.

Tujuan bengkel ini dilaksanakan adalah bagi menyelaraskan kandungan laman web serta membolehkan semua ahli mengemaskini maklumat bagi jabatan, unit atau jawatankuasa masing-masing. Disamping itu juga, perkongsian bagi tatacara mengemaskini maklumat berita, carta organisasi serta memuatnaik bahan buletin ke platform Cloud PMK turut dikongsi bersama semasa bengkel tersebut. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Pn. Ts. Nor Fazlina binti Mohd Amin selaku Webmaster PMK dan Pn. Haidar Nur Rifhan binti Basir, Ketua JK Teknikal Laman Web PMK.

  

Diharapkan dengan pelaksanaan bengkel ini semua ahli pasukan dapat menggunakan pengetahuan yang diberi bagi mengemaskini kandungan laman web dengan lebih mudah dan lancar untuk jabatan, unit dan jawatankuasa masing-masing dan memastikan maklumat di laman web PMK sentiasa dikemaskini.