19-22 Oktober 2022 - Seramai 14 orang peserta daripada Politeknik Melaka yang bersalah silah Borneo telah dipilih untuk mengikuti Majlis Penyerahan Anak Angkat sempena Program Jalinan Integrasi Mahasiswa Negeri Melaka tahun 2022 yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Melaka. Program ini telah berlangsung selama 4 Hari 3 Malam dimana seramai 80 orang peserta daripada semua IPTA dan IPTS seluruh Melaka dan sebanyak 40 buah keluarga angkat yang terlibat.

Majlis Penyerahan Anak Angkat sempena Program Jalinan Integrasi Mahasiswa Negeri Melaka tahun 2022 telah dirasmikan oleh YB Tuan Ngwe Hee Sem, EXCO Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka manakala bagi Majlis Perasmian Penutup Sempena Program Jalinan Integrasi Mahasiswa Negeri Melaka tahun 2022 dirasmikan oleh YBhg Dato' Hajah Norison Ramli, Ketua Pengarah JPNIN.

Tujuan program ini diadakan adalah bagi menggalakkan interaksi inter etnik dan intra etnik melalui aktiviti yang dilaksanakan sebagai contoh eksplorasi @ Melaka, Sukan Perpaduan Rakyat @ KRT Tambak Paya, Khidmat Komuniti :RT Bersih dan Indah @ Kampung Bukit Nibong dan Rewang Kenduri Keluarga Malaysia @ KRT Kampung Paya Redan sekaligus dapat membentuk ekosistem perpaduan yang utuh di antara anggota masyarakat di semua peringkat umur sehingga ke akar umbi.

Disamping itu Majlis Penutupan diserikan lagi dengan penyampaian hadiah pertandingan yang telah dipertandingkan sepanjang bulan kebangsaan yang berlangsung tempoh hari. Antaranya ialah Pertandingan Video Citarasa Menu Keluarga Malaysia, dimana Politeknik Melaka telah menghantar 2 penyertaan bagi pertandingan ini. Pelajar Politeknik Melaka berjaya memenangi tempat ketiga yang membawa wang tunai bernilai RM500 dan Saguhati bernilai RM200.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan yang terlibat dalam menjayakan program ini sekaligus berharap agar program sebegini dapat kerap dianjurkan lagi bagi bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan interaksi sosial antara generasi muda dengan komuniti setempat serta kefahaman peserta mengenai adat resam dan cara hidup masyarakat.