AUDIT PEMBAHARUAN SIJIL QMS 9001:2015
Sumber: Puan Norraihan Binti Mohd Aini, Pegawai Kualiti, Unit Jaminan Kualiti
POLITEKNIK MELAKA, 25 - 26 Ogos 2022 – Audit Pembaharuan Sijil QMS 9001:2015 telah diadakan pada minggu lalu oleh pihak LRQA, yang diwakili oleh Encik Frederick Low sebagai ketua auditor, dibantu oleh Haji Ramli bin Mohd Daud dan Cik Lee Yi Yan. Sesi audit ini telah dimulakan dengan mesyuarat pembukaan yang dihadiri oleh pihak pengurusan Politeknik Melaka, di mana semasa mesyuarat ini ketua auditor telah menerangkan skop-skop yang bakal diaudit untuk Audit Pembaharuan Sijil kali ini. Proses pengauditan telah berlangsung secara sesi temubual bersama auditee melibatkan wakil dari program Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Akauntansi dan Diploma Perniagaan Antarabangsa serta lawatan ke fasiliti sekitar Politeknik Melaka.
Secara ringkasnya Audit Pembaharuan Sijil yang berlangsung selama 2 hari ini telah dilakukan secara menyeluruh terhadap semua proses kerja yang telah diamalkan oleh Politeknik Melaka dan hasil dapatan audit mendapati pihak Politeknik Melaka telah menjalankan dan mengamalkan proses kerja secara baik tanpa ada sebarang penemuan. Tahniah PMK!