CSR ONE TOUCH ONE HEART-KE ARAH TVET BERKUALITI
Satu program Polytechnics Social Responsilibility (PSR) anjuran PolyCC Zon Selatan telah berlangsung pada 25 hingga 28 Ogos 2022. Ianya dijalankan secara serentak di beberapa lokasi di Kg Bukit Senggeh, Selandar Melaka. Program ini diketuai oleh Politeknik Merlimau dan melibatkan Politeknik Melaka, Kolej Komuniti Selandar, Koleh Komuniti Jasin, Kolej Komuniti Segamat 2 selain Japerun DUN Asahan, Jabatan Perhutanan Negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka. Ianya boleh dikategorikan 2 (DUA) Politeknik, 3 Kolej Komuniti, 2 (DUA) agensi kerajaan dan 1 (SATU) agensi luar. Penglibatan Politeknik Melaka dalam program ini melibatkan kerja pembaikan bumbung dan mengecat dinding di kantin SRA Kg Bukit Senggeh serta penggantian tulang perabung di rumah asnaf.
Program CSR MEGA MSK@PMK bertujuan untuk mempromosikan Politeknik Melaka dalam kalangan komuniti setempat sebagai Institusi Pengajian Awam (IPTA) yang berasaskan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui program kesekarelawanan. Program ini telah mendapat sokongan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka, Japerun DUN Asahan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Melaka serta JKKK Kg Bukit Senggeh dan komuniti setempat.
Program yang dijalankan ini bermula pada 25 Ogos 2022 melalui sesi pendaftaran pelajar sehingga sesi perasmian pada 28 Ogos 2022. Program CSR One Touch ini melibatkan sukarelawan yang terdiri daripada 12 orang pelajar daripada Jabatan Kejuruteraan Awam dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Melaka, dan 20 staf Politeknik Melaka daripada pelbagai jabatan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti membaiki dan mengganti bumbung yang rosak, mengecat dinding dan tiang yang telah kusam, mengganti mentol lampu kalimantang di kantin SRA Kg Bukit Senggeh serta mengganti tulang perabung di sebuah rumah asnaf.
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Syed Mohd Fazmi bin Sayid Mohammad, Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri Malaysia. Program ini telah berjaya dijalankan dengan sebaik mungkin. Semua sukarelawan gembira dan puas hati dengan aktiviti yang dijalankan khususnya dalam kerja-kerja teknikal yang dilakukan. Pada masa yang sama ianya berjaya meningkatkan kemahiran teknikal dan menyelesaikan masalah pelajar dan kemahiran sosial bersama komuniti yang terlibat. Secara tidak langsung, ianya mampu mempromosikan Politeknik Melaka dikalangan komuniti setempat sebagai Institusi Pengajian Awam (IPTA) yang berasaskan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Secara keseluruhannya program sedemikian wajar diteruskan dalam membentuk kemahiran insaniah pelajar.
Ditulis oleh : Siti Harni binti Zainal