Jabatan Kejuruteran Mekanikal menerima kunjungan lawatan akademik dari Kolej Komuniti Kuantan
SUMBER: NURUL AYUNNI BINTI ABDUL LATIF
Politeknik Melaka, 26/8/2022 : Pihak Jabatan Kejuruteran Mekanikal telah menerima kunjungan lawatan akademik dari Kolej Komuniti Kuantan yang terdiri dari pelajar semester 3 Sijil Teknologi Pembuatan. Delegasi tersebut terdiri daripada 15 orang pelajar serta 3 orang pegawai pengiring yang di ketuai oleh En. Zamrizal. Tujuan utama lawatan adalah bagi melihat secara dekat bagaimana aktiviti PdP bagi kursus bengkel di jalankan terutama seperti bengkel metallurgy, kimpalan, gegas dan mesin serta CNC. Selain itu, pengisian bagi lawatan ini adalah penerangan ringkas mengenai kebaikan program Diploma Kejuruteraan Mekanikal serta promosi peluang sambung belajar dalam Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Melaka.