2 & 3 Ogos 2022, Politeknik Melaka - Satu Bengkel ARDUINO secara telah diadakan di Dewan Kuliah 1, Politeknik Melaka selama dua hari iaitu pada 2 & 3 Ogos 2022. Seramai 60 orang peserta telah terlibat dalam bengkel tersebut yang terdiri daripada pelajar semester 4 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM) Politeknik Melaka yang mengambil semester pendek.

 

 

PROJECT 2 DJJ40182 merupakan satu kursus yang wajib diambil oleh para pelajar semester 5 di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Bengkel ini akan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kemahiran ARDUINO terutamanya untuk pelajar yang akan mengambil kursus Projek 2 semester akan datang kerana penggunaan ARDUINO dalam projek 2 adalah juga termasuk dalam keperluan IR4.0 Teknologi yang perlu diterapkan dalam Projek 2 pelajar. Justeru itu pihak Jabatan Kejuruteraan Mekanikal mengambil inisiatif untuk mengadakan kerjasama dengan Industri luar untuk mengadakan bengkel yang sangat penting ini agar pelajar dapat mendapat kemahiran ARDUINO semasa bengkel diadakan kelak. Penceramah jemputan dalam industri ARDUINO iaitu En Saiful Azmi Hamzah dari syarikat Astana Digital Sdn Bhd telah berkongsi kemahiran dan pengetahuan mengenai ARDUINO kepada pelajar. Bengkel ini telah dibantu oleh dua orang pensyarah dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik iaitu En Ahmad Fariz Bin Fauzi dan En Mohamad Afdzam Bin Rahim sebagai fasilitator kepada kumpulan pelajar projek. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal En Hishamuddin Shah Bin Ibrahim. Beliau telah menghadiahkan sebuah buku tulis kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan dari penceramah. Semoga bengkel ini dapat menjadi batu loncatan kepada pelajar-pelajar dalam menyiapkan projek akhir pelajar kelak.