25 Julai 2022, Politeknik MelakaSatu Bengkel Microsoft Excel 2016 telah diadakan pada 20 Julai 2022 secara dalam talian melibatkan penyertaan 76 orang peserta. Peserta adalah terdiri daripada pelajar semester akhir Diploma Akauntansi (DAT) dan Diploma Perniagaan Antarabangsa (DPI) Politeknik Melaka, Politeknik Merlimau dan Politeknik Seberang Perai. Terdapat juga staf daripada Politeknik Besut turut bersama dalam bengkel ini.

 

Kandungan dan aktiviti bengkel disampaikan oleh Pn. Norlina binti Ibrahim, pensyarah Jabatan Perdagangan Politeknik Melaka yang mempunyai sijil Microsoft Office Specialist Excel 2016. Objektif kursus ini adalah membantu peserta untuk menjadi lebih mahir dalam menggunakan perisian Microsoft Excel meliputi tips dan tricks supaya penggunaan aplikasi ini menjadi lebih cepat. Pengetahuan dan kemahiran ini amat berguna kerana penggunaanya adalah meluas dalam dunia pekerjaan. Kandungan bengkel ini melibatkan pendedahan menu, formula dan teknik dalam menggunakan Ms. Excel serta maklumat analisis. Peserta yang terlibat dalam program ini juga perlu menyelesaikan tugasan. Ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan memberi indikator kepada penganjur dalam memperbaiki bengkel pada masa akan datang.

Disediakan : Mohd Fauzi bin Abu Bakar