20 Julai 2022, Politeknik Melaka – Satu Bengkel Praktikal Perakaunan telah diadakan pada 19 Julai 2022 secara dalam talian melibatkan penyertaan 18 orang peserta dan disampaikan oleh Pn. Norizah binti Mahasan, pensyarah Jabatan Perdagangan Politeknik Melaka yang mempunyai kemahiran dalam perakaunan. Objektif kursus ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai pengetahuan dan kemahiran dalam mengenal pasti dokumen dan catatan perakaunan. Peserta terdiri daripada pelajar semester akhir Diploma Akauntansi di mana ilmu ini diharap dapat membantu mereka apabila mereka menjalani latihan industri kelak.

 

Kandungan bengkel ini melibatkan pengetahuan perakaunan manual dan berkomputer, jenis dokumen yang digunakan dalam transaksi perniagaan dan catatan perakaunan berdasarkan situasi yang berlaku. Peserta yang terlibat dalam program ini juga perlu menyelesaikan tugasan. Ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan memberi indikator kepada penganjur dalam memperbaiki bengkel pada masa akan datang.

Disediakan : Mohd Fauzi bin Abu Bakar