Gerak Gempur Peperiksaan Akhir JMSK 2022
Melaka, 21 Jun 2022 - Program Gerak Gempur "Final Exam"-JMSK anjuran JMSK & JHEPP merupakan satu program berkala dilaksanakan di Politeknik Melaka. Program ini adalah satu program yang diadakan untuk memantapkan kefahaman pelajar-pelajar yang bermasalah dalam kursus Engineering Mathematics 1, Engineering Mathematics 2, Engineering Mathematics 3, Electrical Engineering Mathematics dan Engineering Science. Seramai 113 orang pelajar telah terpilih untuk menghadiri program ini yang telah dikendalikan sepenuhnya oleh pensyarah-pensyarah dari Jabatan Matematik, Sains dan Komputer. Program ini turut diserikan dengan kehadiran Ketua Jabatan Matematik, Sains dan Komputer.
Program sebegini sentiasa mendapat tempat di hati pelajar memandangkan mereka dapat membuat contoh-contoh soalan secara langsung dengan bimbingan dan latihan yang betul daripada pensyarah. Diharap Program Gerak Gempur Final Exam-JMSK 2022 dapat membantu pelajar-pelajar yang bermasalah untuk menghadapi peperiksaan akhir bagi Sesi 2 2021/2022 dan dapat mencapai objektif yang digariskan.
Semoga usaha murni JMSK dalam pelaksanaan program seperti ini dapat meningkatkan kefahaman pelajar bagi meneruskan pengajian mereka sehingga tamat pengajian di Politeknik Melaka. Semoga semua pelajar mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir yang akan berlangsung.