PROGRAM KEPENTINGAN TAKAFUL DAN PELUANG KERJAYA ANJURAN DIPLOMA AKAUNTANSI (DAT2B), JABATAN PERDAGANGAN
AHAD 19 JUN 2022 – Satu program webinar yang bertajuk Kepentingan Takaful dan Peluang Kerjaya telah dianjurkan oleh kelas DAT 2B Diploma Akauntansi yang melibatkan semua pelajar semester 2 dan juga seorang pensyarah bagi menjayakan program ini. Program ini dilaksanakan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom sebagai medium penghantar. Penganjuran program ini adalah bertujuan bagi memenuhi keperluan dalam melaksanakan projek bagi kursus “Principle of Management” yang perlu dilaksanakan oleh pelajar DAT 2B sekaligus memberi kesedaran betapa pentingnya takaful dalam kehidupan seharian kita. Sesi webinar ini diadakan selama 3 jam dan mempunyai dua sesi.
Objektif utama program ini diadakan adalah bagi menambah ilmu pengetahuan tentang perbezaan antara insurans dan takaful serta kelebihan dan konsep takaful. Justeru, dapat menggalakkan mahasiswa dan mahasiswi untuk membuat takaful sebagai jaminan perlindungan di samping memupuk kesedaran pelajar tentang perlindungan takaful yang memberi impak yang besar pada masa hadapan. Sesi pertama, telah dimulakan pada jam 10:00 pagi sehingga 11:00 pagi iaitu selama satu jam. Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Danial Haikal yang merupakan Takaful Consultant dan juga alumni pelajar Politeknik Melaka dengan tajuk Kepentingan Takaful. Dalam sesi ini , terdapat banyak info yang dikongsikan oleh beliau dalam memberikan kesedaran terhadap kepentingan Takaful dalam kehidupan seharian. Sesi perkongsian ini telah berjalan dengan lancar.
Bagi sesi kedua pula, berlangsungnya taklimat yang bertajuk Peluang Kerjaya bermula pada jam 12:00 tengahari sehingga 1:00 petang yang telah disampaikan oleh Encik Khairul Sofwan Bin Mohamad Rusman sebagai Unit Manager bagi Mateen Group Agency di bawah naungan Prudential BSN Takaful Berhad. Dalam sesi kedua ini, banyak input yang disampaikan oleh beliau dalam memberi informasi tentang kemajuan dan kejayaan syarikat Prudential BSN Takaful Berhad yang memberi kesan positif dalam golongan mahasiswa. Sesi ini juga berjalan dengan jayanya.
Para mahasiswa menzahirkan rasa berpuas hati terhadap sesi taklimat yang telah disampaikan oleh pihak Prudential BSN Takaful Berhad. Diharapkan agar program ini dapat membantu dan mendorong para pelajar dalam mengetahui dan menggalakkan untuk mempunyai takaful pada diri setiap pelajar dan semoga program sebegini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.
Sumber: Nurin Hadiran & Nazira Md Latib