PROGRAM HARI INOVASI PROJEK AKHIR PELAJAR SESI 2: 2021/2022
14 JUN 2022 – Program Hari Inovasi Projek Akhir Pelajar Sesi 2: 2021/2022 adalah pertandingan projek akhir pelajar peringkat politeknik dari kesemua jabatan di PMK bagi membentangkan projek akhir semester mereka. Peserta-peserta pertandingan ini adalah terdiri daripada kesemua pelajar semester akhir di Politeknik Melaka yang mengambil kursus Projek 2 dari 4 jabatan utama iaitu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) dan Jabatan Perdagangan(JP). Pertandingan ini dipecahkan kepada 2 kategori iaitu kategori produk dan ilmiah. Bagi kedua-dua kategori ini, para peserta yang akan terlibat adalah terdiri daripada wakil kumpulan terbaik di peringkat jabatan yang dipilih mengikut kategori pertandingan tersebut. Ianya akan dinilai oleh panel panel jemputan luar yang terdiri dari pakar-pakar dalam bidang industri dan inovasi serta para pensyarah jemputan dari politeknik atau universiti
Sukacita dimaklumkan bahawa bagi kedua dua kategori produk dan ilmiah dimenangi oleh JABATAN PERDAGANGAN. Hasil keputusan pemenang Hari Inovasi Projek Akhir Pelajar POLITEKNIK MELAKA SESI 2:2021/2022 mengikut kategori produk dan ilmiah.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang. Semoga kejayaan ini menjadi penggerak dalam menggalakkan warga PMK untuk lebih bergiat aktif dalam aktiviti penyelidikan dan inovasi pada masa akan datang.