Selasa 24 Jun 2022 – Program Rukun Negara Belia (RNB) @ TVET merupakan sebuah program yang bertujuan untuk menyemarakkan semangat kenegaraan dan cintakan negara sekaligus meningkatkan jati diri patriotisme dalam kalangan pelajar. Program ini merupakan anjuran Jabatan Perdagangan Politeknik Melaka dengan Kerjasama Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (I-Lead), Kementerian Belia dan Sukan.

Program ini merupakan suatu usaha murni yang berterusan pihak kerajaan dalam memastikan golongan belia pada hari ini yang bakal menjadi pemimpin negara sentiasa segar dan dilengkapi dengan pengetahuan kenegaraan dan menghayati nilai-nilai asas Rukun Negara. Selain itu, aktiviti yang dilaksanakan di dalam program ini adalah berbentuk aktiviti pembangunan diri dari aspek komunikasi dan kepimpinan individu.

 

 

Sumber : Nur Izzatie Husna Binti Zawawi