Rabu 1 Jun 2022 - Demi memenuhi tuntutan kursus MPU24012 Biodiversiti Marin, satu program telah direncanakan dan dijalankan bersama-sama dengan pelajar. Kursus ini merupakan kurikulum yang memfokuskan kepada pengukuhan kemahiran insaniah pelajar yang positif iaitu dengan menguasai pengetahuan dan kemahiran khusus secara holistik. Ini bermakna pelajar mesti mempamerkan kompentensi kemahiran khusus yang dipelajari dan melaksanakan aktiviti berdasarkan kemahiran-kemahiran yang dipelajari. Secara keseluruhannya, silibus MPU24012 terarah kepada pelajar melakukan semua aktiviti secara praktikal sepenuhnya sepanjang semester.

Bagi mencapai objektif kursus ini, suatu program bersama dengan Pusat Konversasi dan Penerangan Penyu telah dijalankan di mana pelajar mendapat pendedahan berkaitan dengan program konversasi penyu dan impak penyu kepada perkembangan biodiversiti marin Malaysia. Penerangan berkaitan dengan isu ini telah disampaikan oleh Encik Akmal dan program ini telah diselia oleh Encik Farhan dan Encik Faiz daripada Pusat Konversasi dan Penerangan Penyu Negeri Melaka.

Sumber : Puan Hairani binti Ahmad Zainuldin