PROGRAM MOTIVASI DAN KEPIMPINAN PELAJAR SEMESTER AKHIR BERSAMA KOMUNITI UiTM, LENDU MELAKA
Pada 18 Mei 2022, Rabu: Satu Program motivasi dan kepimpinan telah dianjurkan yang melibatkan pelajar semester akhir Jabatan Perdagangan. Penganjuran program seperti ini menyediakan peluang kepada para pemimpin pada masa hadapan dan individu prihatin meningkatkan kesedaran dan jati diri serta semangat dalam diri pelajar untuk menentukan halatuju pendidikan mereka pada masa hadapan. Dengan adanya kekuatan dan dorongan dalaman yang kuat serta semangat kerja sepasukan yang tinggi, seseorang pemimpin akan lebih bersedia dan berkeyakinan untuk mengambil inisiatif bagi memacu anggota masyarakat atau warga organisasi di bawah kepimpinannya bergerak maju. Menyedari isu-isu dalam kalangan pelajar semasa tempoh pembelajaran secara maya dari rumah, pengawalan emosi yang terjejas di samping daya motivasi menurun mendadak maka kerana itu pengajuran seminar seperti ini adalah perlu bagi membantu pelajar dengan kepakaran bersama pihak yang pakar dalam bidang motivasi seperti ini. Kemahiran memimpin merupakan sesuatu yang boleh dipertingkatkan dari masa ke masa. Salah satu fokus adalah untuk membangun dan memupuk bakat para pemimpin muda. Seseorang pemimpin perlulah mewujudkan sikap bekerjasama satu sama lain amat ditekankan bagi mencapai kecemerlangan.Program ini dikendalikan oleh En Mohd Bakri Bin Husain (Pegawai Psikologi Kanan, UiTM cawangan Melaka dan disertai oleh 36 pelajar semester akhir serta diiringi oleh 3 orang pensyarah iaitu Pn Sharifah Binti Polai, Pn Farizoh Binti Hamid dan Pn Roslezayti Binti Ajeh.Program ini dianjurkan oleh Penyelaras Kerjaya & Psikologi Penyelaras Hal Ehwal Pelajar (Jhepp) Jabatan Perdagangan,Politeknik Melaka.