MESYUARAT BIL 1/2022: PEMBANGUNAN MODUL STEAM ALGEBRA BERSAMA UKM
28 April 2022 – Program STEAM (Science, Technology, Engineering, Arts and Mathematics) dilaksanakan di institusi dengan tujuan mendidik generasi muda supaya dapat menceburkan diri dalam bidang inovasi dan membentuk kemahiran dalam kerja yang berorientasikan kemahiran STEAM. Perbincangan kali ini diadakan secara virtual bersama pihak Fakulti Kejuruteraan Alam Bina, UKM. Mesyuarat kali ini dihadiri oleh Prof.Madya Ts. Dr.Kalaivani Chellapan selaku Pengarah PKAS UKM, 3 orang pegawai UKM serta Pn Hawa binti Bentong selaku Ketua Jabatan Matematik, Sains & Komputer dan 7 orang penulis buku JMSK dan 1 orang pegawai UPIK, PMK. Mesyuarat kali ini adalah perbincangan sekitar hasil maklumbalas semakan dalaman PKAS dan pengujian modul kepada pelajar. Hasil mesyuarat, terdapat beberapa unit modul tidak bersesuaian dengan pelajar sekolah rendah dan menengah. Unit 1 dan Unit 2 sahaja yang bersesuaian untuk pelajar sekolah rendah dan menengah rendah. Unit 3 dan Unit 4 adalah bersesuaian untuk pelajar IPT dan politeknik. Hasil perbincangan semua, buku akan dibahagikan kepada 2 pengguna iaitu pelajar sekolah rendah dan menengah serta pelajar IPT termasuk politeknik. Adalah menjadi harapan supaya buku STEAM Algebra ini dapat digunakan dalam tahun 2022.Semoga dengan pembangunan dua buku STEAM Algebra ini akan dapat memberi manfaat kepada pensyarah, para pelajar dan masyarakat serta dapat mengeratkan lagi jalinan kolaborasi antara PMK dan FKAB, UKM