LAWATAN PENILAIAN AKREDITASI 2022 (INTERIM) PROGRAM DKM
Sumber: Puan Nuraziyati Binti Sukardi, Penyelaras Akreditasi, Unit Jaminan Kualiti.
Politeknik Melaka, 28 Mac 2022 (Isnin) - Lawatan Penilaian Akreditasi bagi Program Kejuruteraan Politeknik Malaysia diadakan bermula Mac 2022. Panel-panel penilai lawatan dilantik oleh Jabatan Akreditasi Kejuruteraan, Lembaga Jurutera Malaysia untuk menilai dan membuat verifikasi ke atas Concern dan Opportunity of Improvement (OFI) seperti yang dilaporkan semasa sesi lawatan penilaian akreditasi pada tahun 2018. Lawatan penilaian akreditasi (Interim) diadakan secara fizikal pada 28 Mac 2022 ke atas Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Melaka. Panel penilai adalah Prof. Ir. Dr. Satesh Narayana Namasivayam dari Heriot-Watt University Malaysia.
Seramai 21 orang termasuk panel penilai mengikuti Mesyuarat Pembukaan sesi lawatan penilaian kali ini. Mesyuarat Pembukaan dipengerusi oleh Timbalan Pengarah II (Ts. Abd Halim bin Mahat) dan di hadiri Ketua Program DKM (Pn. Noraini binti Baidui), Ketua Unit Jaminan Kualiti (Pn. Sinatu Sadiah binti Shapie), Pegawai Kualiti (Pn. Nurul Ayunni binti Abdul Latif), Pegawai Akreditasi (Pn. Nuraziyati binti Sukardi), Penyelaras Akreditasi DKM (Ts. Dr. Kannan a/l Rassiah & Pn. Norwadiah binti Mohd Andai) serta staf akademik program DKM. Sesi diteruskan dengan pembentangan Ketua Program DKM berkaitan Concern dan OFI. Penyelaras akreditasi jabatan membantu dalam menyediakan bukti serta dokumen yang dikehendaki oleh panel. Aturcara seterusnya adalah sesi lawatan ke bengkel-bengkel dan makmal-makmal berkaitan isu keselamatan program DKM. Panel mengambil maklum dengan tindakan yang telah diambil pihak Program dalam menyelesaikan isu ini.
Mesyuarat Penutupan diadakan setelah perbincangan rumusan penilaian oleh Panel Penilai dan Ketua Program DKM selesai. Secara keseluruhannya, Program DKM telah menunjukkan komitmen yang sangat baik dalam penyediaan bukti yang diperlukan, laporan yang lengkap dan sesi temubual yang dijalankan. Namun, laporan lengkap lawatan penilaian akreditasi (Interim) akan diketahui setelah laporan keseluruhan selesai.
Tahniah diucapkan kepada Program DKM.