Sumber: Noor Shuhailie Binti M. Mohamed Noor

Sesi lawatan ke industri, ketua program perniagaan antarabangsa, pensyarah dan penyelia di Tok Ayah homestay

 

Seramai 4 orang pelajar Perniagaan Antarabangsa daripada Jabatan Perdagangan, PMK telah berjaya menghasilkan projek pelajar iaitu sistem kotak kunci dan QR kod. Dimana inovasi ini telah diaplikasi di industri homestay. Tok Ayah Homestay. Produk tersebut merupakan hasil projek akhir pelajar kategori penyelidikan yang bertajuk “The Effectiveness of Key Box System and QR Code in Tok Ayah Homestay”dalam subjek kod DPB50163 Business Project dibimbing oleh penyelia mereka ialah Puan Norazlina Bt Daut. Mereka telah berkolabrasi dengan Tok Ayah Homestay bertempat di Bacang untuk membantu menambah baik pengurusan kunci Tok Ayah Homestay supaya lebih teratur dan sistematik. Mereka telah membangunkan produk tersebut dan telah mendapat maklum balas yang sangat positif daripada pengurus homestay, Encik Ahmad Razaiin bin Md Salleh. Menurut Encik Ahmad Razaiin, beliau amat berpuas hati dengan produk pelajar ini. Pada 19 Januari 2022, sesi lawatan telah ke Tok Ayah Homestay telah dijalankan oleh ketua program perniagaan antarabangsa, pensyarah dan penyelia untuk menyampaikan sijil penghargaan. Oleh itu, dengan sukacitanya bahawa para pelajar ini telah berjaya menghasilkan projek inovasi yang memberi manfaat kepada industri homestay hal ini di mana produk inovasi ini dapat menyelesaikan isu yang dialami oleh industri. Hal ini menyebabkan, pihak industri berbesar hati untuk mengaplikasi Sistem Kotak Kunci dan QR Kod di homestaynya. Jelaslah bahawa, inilah antara kemampuan pelajar TVET jabatan perdagangan berjaya menghasilkan projek pelajar yang diaplikasi di industri Tok Ayah Homestay.

Penyampaian surat penghargaan kepada industri bersama penyelia

Sesi temu bual bersama industri.

Proses pemasangan Sistem Kotak kunci dan QR kod di homestay Tok Ayah