11 Jan 2022 - Taklimat 2 Latihan Industri anjuran UPLI, CISEC telah dijalankan bagi persediaan pelajar semester akhir Politeknik Melaka sebagai langkah persedian pelajar sebelum menjalani latihan industri bagi sesi latihan SESI 1 2021/2022. Seramai 349 pelajar semester akhir terlibat dengan taklimat ini. 2 sesi telah diadakan  iaitu SLOT 1 pada   9.30 PAGI- 12.00 TGH (PELAJAR SEMESTER AKHIR DAT, DPI & DKM) dan SLOT 2 iaitu pada     2.30 PTG – 5.00 PTG (PELAJAR SEMESTER AKHIR DJK & DKA).

Taklimat di jalankan secara dalam talian menggunakan aplikasi Webex. Terdapat dua sesi bagi penyampaian taklimat ini, taklimat disampaikan oleh En Sahzali Bin Mohd Ramli dan Pn. Nazleena Binti Daud. Bagi taklimat sesi 1 diterangkan secara terperinci mengenai tatacara sebelum, semasa dan selepas  latihan serta arahan-arahan yang perlu pelajar patuhi semasa latihan industri. Manakala taklimat sesi 2 diterangkan mengenai penulisan Buku log pelajar serta penulisan laporan akhir latihan pelajar.