14 Jan 2022- Perbincangan antara Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, CISEC & Sealestial Marine Seafarer Training Centre (SEAMASTER) telah diadakan pada jam 10 pagi, 14 Januari 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat CISEC. Perbincangan telah dihadiri oleh En.Wong Koon Sang (Mr. Jimmy) selaku Business Development Manager SEAMASTER, Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Ketua CISEC, Pegawai Kolaborasi dan Pensyarah JKM. Perbincangan adalah berkaitan perancangan & aktiviti pelajar ke arah hala tuju kerjaya pelajar dalam  industri perkapalan. Selain itu pihak SEAMASTER dan PMK berbincang tentang aktiviti-aktiviti kerjasama yang akan dijalankan bersama kedua-dua pihak. Antara kerjasama yang dibincangkan adalah Taklimat Kerjaya Perkapalan, Kursus PSH, Kursus Sijil Kemahiran, dan Latihan Industri Berstruktur. Syarikat bersetuju untuk menandatangani jalinan kolaborasi strategik antara PMK dan SEAMASTER. Diharapkan segala aktiviti yang diperbincangkan dan dirancang ini berjaya dilaksanakan dan mendapat manfaat untuk kedua-dua pihak.