como crear una pagina web

Kejayaan program khidmat komuniti di Sekolah Kebangsaan Tambak Paya, Ayer Molek Melaka

 

Ditulis oleh : Pn Siti Salbiah Binti Ahmad Shariff

 

 

27 September 2025, Sabtu : Unit Sukarelawan Politeknik Melaka dibantu oleh CESAC (Civil Engineering Student Affair Club),  EESTAC (Electrical Engineering Student Association Club), dan MESAC (Mechanical Engineering Student Affair Club) telah berjaya menjalani khidmat komuniti di Sk Tambak Paya, Ayer Molek Melaka. Tujuan program adalah untuk memberi peluang kepada sukarelawan untuk menyumbang tenaga dan kemahiran kepada komuniti Sekolah Kebangsaan Tambak Paya, Ayer Molek. Program ini bertemakan gotong-royong madani. Program bermula pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Ianya melibatkan 20 orang sukarelawan, 6 orang pensyarah dan kakitangan guru sekolah SK Tambak Paya. Aktiviti yang dijalankan adalah menghasilkan dan dekorasi cendawan konkrit, mengecat line kotak parking, mengecat laluan jalan kaki dan menanam pokok herba. Majlis telah dirasmikan oleh ketua jabatan kejuruteraan awam iaitu Encik Norhafizan bin Majid. Program ini memberikan impak kepada sukarelawan yang terlibat dalam membentuk semangat jati diri insaniah demi negara tercinta.

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas