como crear una pagina web

Oleh: Noor Mayafaraniza Binti Kosnan

Politeknik Melaka, 23 September 2025 – Seramai 35 pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal Semester 4 & 5 telah menyertai Bengkel Penulisan Laporan Projek yang dianjurkan oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Program ini bertujuan membimbing pelajar menghasilkan laporan projek akhir yang lebih kemas, tersusun, dan mengikut format yang betul. Bengkel yang telah dijalankan bermula pada jam 2.00 dan berakhir pada jam 5.00 petang ini dikendalikan oleh Ts. Mohamad Halim bin Ibrahim (Politeknik Merlimau) dengan bantuan fasilitator Ts. Mohd Azamri bin Kandari. Sepanjang sesi, pelajar dibimbing dalam penulisan citation, teknik penulisan Bab 1 hingga Bab 5, serta penerapan PLO7 iaitu kefahaman tentang kelestarian dan impak kerja kejuruteraan dalam konteks masyarakat dan alam sekitar. Melalui bengkel ini juga, pelajar berpeluang mendapatkan pengetahuan praktikal, tips serta teknik yang boleh diaplikasikan terus dalam penulisan laporan akhir mereka. Semoga dengan perkongsian ilmu ini, pelajar dapat menghasilkan laporan akhir yang lebih berkualiti dan menepati piawaian kurikulum Politeknik Malaysia.

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas