Kursus Basic Building (Home) Automation Using Arduino Platform
Kursus Basic Building (Home) Automation Using Arduino Platform
oleh Jabatan Kejuruteraan Elektrik- 25 September 2025 - Telah berlangsung program 2 hari anjuran Jabatan Kejuruteraan Elektrik di makmal Instrumentasi yang disertai oleh pelajar-pelajar dari 5 buah sekolah menengah sekitar negeri Melaka.
Sekolah yang terlibat ialah SMK Tun Tuah, SMK Tun Mutahir, SMK Bukit Rambai, SMK Seri Pengkalan dan SMK Bukit Baru
Sepanjang dua hari, pelajar didedahkan dengan pengetahuan asas pendawaian dan pengaturcaraan. Pelajar juga terlibat secara langsung dalam latihan amali bagi kaedah pendawaian dan pengaturcaraan tersebut.
Semoga ilmu yang diperolehi menjadi pemangkin untuk mengilap minat bidang TVET di dalam diri para peserta.







