como crear una pagina web

Oleh : Muhamad Faiz Jofri

Melaka, 3 Oktober – Program Amanah Kalamullah: Kumpul dan Lupus Secara Syari’e telah berlangsung dengan jayanya bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Program ini bertujuan mengumpul serta melupuskan naskhah al-Quran dan bahan bercetak ayat suci al-Quran yang sudah lusuh atau rosak mengikut kaedah syarak yang ditetapkan. Seawal pagi, lori khas telah bergerak dari Wakaf Politeknik Melaka menuju ke Surau Al-Mubarak, Taman Pokok Mangga sebagai destinasi pertama. Sukarelawan disambut mesra oleh Pengerusi Surau, Tuan Haji Abd Karim bin Yasin yang menyerahkan naskhah untuk dilupuskan. Selesai di lokasi pertama, program diteruskan ke Masjid Al-Ukhwah, Kampung Padang, yang menerima kehadiran sukarelawan dengan sambutan daripada AJK Masjid, Tuan Haji Sabki. Beberapa naskhah turut dikumpul bagi tujuan pelupusan. Seterusnya, lori menuju ke Masjid Selat sebagai lokasi ketiga, namun pihak pengurusan masjid tidak dapat menerima kerana ruang penyimpanan sudah penuh. Pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) Melaka, mengarahkan agar naskhah berkenaan dibawa ke Masjid Al-Azim dan ditempatkan di stor khas untuk proses pelupusan seterusnya. Program yang berlangsung secara teratur ini berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Pihak penganjur merakamkan penghargaan kepada semua masjid, surau, serta agensi yang terlibat dalam memastikan amanah menjaga kesucian kalamullah ini terlaksana dengan sempurna.

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas