como crear una pagina web

          

     

Oleh: Jawatankuasa EKSA Politeknik Melaka

26 Februari 2025, Politeknik Melaka – Politeknik Melaka telah menganjurkan Bengkel Pelaksanaan EKSA  yang melibatkan Jawatankuasa Induk, Zon, dan Juruaudit EKSA  bertempat di Dewan Serbaguna Politeknik Melaka. Bengkel ini diadakan dengan kerjasama Champion EKSA sebagai fasilitator utama iaitu  Encik Mohd Hidhir bin Hamidon, Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Agama Islam Melaka, yang juga merupakan Champion EKSA MAMPU/JPA sejak 2016. Beliau berkongsi pengalaman serta kaedah terbaik dalam pelaksanaan EKSA, termasuk aspek kepimpinan, pemantauan, dan keberkesanan audit dalaman bagi memastikan kelestarian amalan EKSA di organisasi.  

Program ini bertujuan untuk memperkasakan pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di Politeknik Melaka melalui perkongsian ilmu, latihan praktikal, dan sesi perbincangan strategik. Peserta diberi pendedahan tentang amalan terbaik EKSA, teknik penilaian dan audit, serta strategi inovatif dalam mengekalkan persekitaran kerja yang lebih sistematik, bersih, dan kondusif.  

Selain itu, sesi lawatan ke zon EKSA bersama Champion juga dilaksana untuk mendapatkan khidmat nasihat secara terus mengenai aspek penambahbaikan serta langkah-langkah memperkukuhkan pelaksanaan EKSA di zon masing-masing.

Dengan adanya bengkel ini, diharapkan Politeknik Melaka dapat terus mengekalkan kecemerlangan dalam pelaksanaan EKSA serta menjadi contoh kepada institusi lain dalam mewujudkan budaya kerja yang lebih produktif dan efisien.

 

   

     

       

       

 

 

 

 

 

 

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas