PROGRAM MEMASAK DAN AGIHAN BUBUR LAMBUK LAKSAMANA HANG TUAH TAHUN 2025
08 Mac 2025, Sabtu - Seramai 17 pelajar dan 5 staf Politeknik Melaka telah membantu dalam menjayakan Program Memasak dan Agihan Bubur Lambuk Laksamana Hang Tuah Sempena Bulan Ramadan 2025M/1446H.
Program tersebut telah bermula jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang di Jalan Hang Tuah,Melaka.
Program ini adalah tajaan sepenuhnya Badan Kebajikan & Persaudaraan Islam Negeri Melaka, Gabungan Dakwah Islam dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Program ini juga mendapat tajaan penuh Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (ADABI).
Bubur lambuk yang telah siap telah diagihkan kepada komuniti sekitar lokasi program. Program berbentuk kesukarelawanan ini berjaya memberi pendedahan kepada pelajar untuk menghulurkan bantuan tenaga tanpa sebarang halangan. Pada masa yang sama ianya berjaya membentuk ciri-ciri insaniah pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat.
Disediakan oleh: Nur Izzatie Husna Zawawi