como crear una pagina web

Oleh : JSKK Politeknik Melaka

Karnival Sukan Politeknik Melaka 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 26 Februari 2025 di Kompleks SUkan Komuniti Krubong, Melaka. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan, kerjasama, dan persahabatan antara pelajar serta warga Politeknik Melaka. Karnival sukan ini melibatkan pelbagai jenis acara sukan yang disertai oleh pelajar dari pelbagai jabatan dan kursus.

 

Karnival Sukan Politeknik Melaka 2025 menyaksikan pelbagai acara yang melibatkan penglibatan aktif dari pelajar. Antara acara yang dipertandingkan adalah Badminton, bola jaraing, sepaktakraw , bola tampar dan acara fun run. Penyertaan amat menggalakkan dengan banyak pasukan yang telah mendaftar lebih awal. Acara-acara sukan juga mendapat sambutan hebat dari para penonton yang turut memeriahkan suasana sepanjang karnival berlangsung.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah Politeknik Melaka, Dr. Hjh. Shahiza Binti Dato' Hj. Ahmad Zainuddin, diringi Timbalan Pengarah Akademik , Pn. Zeyana Binti Abdullah, KJSKK En. Muhammad Affendi Bin Bahaudin dan Ketua-Ketua Jabatan Antara pasukan yang telah berjaya menonjolkan prestasi cemerlang adalah:

Bola Jaring - Jabatan Perdagangan

Badminton – Jabatan Kejuruteraan Awam

Sepaktakraw - Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

Bola Tampar Lelaki - Jabatan Perdagangan

Bola Tampar Perempuan - Jabatan Perdagangan

Fun Run Lelaki - Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

Fun Run Perempuan - Jabatan Perdagangan

Juara Keseluruhan : Jabatan Perdagangan

Karnival sukan ini telah mendapat maklum balas yang sangat positif daripada peserta dan penonton. Kebanyakan peserta memuji penganjuran karnival yang teratur serta kemudahan yang disediakan. Beberapa cadangan penambahbaikan yang diterima termasuk meningkatkan jumlah pengurusan acara sukan untuk melibatkan lebih banyak pasukan serta penambahbaikan dalam promosi acara agar maklumat program tersebarluas. Karnival Sukan Politeknik Melaka 2025 telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan iaitu menggalakkan budaya hidup sihat, mempererat hubungan antara pelajar dan kakitangan serta mencungkil bakat sukan dalam kalangan warga Politeknik Melaka. Penganjuran ini diharapkan akan menjadi acara tahunan yang dinantikan dan diteruskan dengan penambahbaikan dari tahun ke tahun.

 

     

       

        

     

 

     

 

     

      

      

     



 

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas