como crear una pagina web

Oleh: Muhamad Faiz Jofri
Politeknik Melaka, 27 Februari 2025 – Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Politeknik Melaka (PMK) telah berjaya menganjurkan Majlis Anugerah Ketua Jabatan dan Perjumpaan Pelajar JKM Sesi II 2024/2025 yang berlangsung di Dewan Serbaguna PMK. Majlis ini bertujuan untuk menghargai kecemerlangan akademik serta memberi penghargaan kepada pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Majlis bermula pada jam 8.15 pagi dengan kehadiran para pelajar, diikuti dengan ketibaan Ketua Jabatan, Ketua Program, Penasihat Akademik serta pensyarah JKM. Ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis, En. Arman bin Md Said, membuka tirai majlis sebelum bacaan doa oleh Saudara Muhammad Azfar Azmary bin Abdul Gapar. Salah satu acara utama adalah pelancaran logo baharu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, menandakan komitmen jabatan dalam memperkasakan imej dan kualiti akademik. Seterusnya, Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, En. Muhammad Hafiz bin Kamarudin, menyampaikan ucapan serta merasmikan Majlis Anugerah Ketua Jabatan, di mana pelajar cemerlang menerima penghargaan atas pencapaian akademik dan kokurikulum mereka. Selain penyampaian anugerah, program ini turut disertakan taklimat mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan disampaikan oleh wakil dari Cosmo Skills Sdn. Bhd., memberi pendedahan kepada pelajar mengenai aspek keselamatan di tempat kerja. Seterusnya, sesi taklimat berkaitan disiplin pelajar oleh Ts. Dr. Kannan A/L Rassiah. Program ini bukan sahaja mengiktiraf pencapaian pelajar tetapi juga menjadi platform bagi mereka untuk mendapatkan ilmu tambahan serta berinteraksi dengan pihak jabatan.

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas