como crear una pagina web

07 Mac 2025 , Politeknik Melaka - Jawatankuasa Commerce Club PMK (COMMERS) telah menganjurkan Majlis Apresiasi - Anugerah Ketua Jabatan di Dewan Serbaguna Politeknik Melaka. Seramai 99 orang Pelajar Diploma Akauntasi dan 89 orang Pelajar Diploma Perniagaan Antarabangsa telah menerima Anugerah Ketua Jabatan.

Turut dilangsungkan Watikah Pelantikan Jawatankuasa Commerce Club PMK Sesi 1 2024/2025 dan pelantikan wakil kelas bagi sesi ini. Hal ini adalah bagi menghargai dan memberikan semangat kepada mereka untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan lebih bersungguh-sungguh.

Selain daripada itu, antara anugerah yang disampaikan ialah Anugerah Ketua Jabatan bagi program Diploma Akauntansi dan Diploma Perniagaan Antarabangsa serta Anugerah Pelajar Terbaik Jabatan bagi setiap semester mengikut program. Tujuan program ini dilakukan adalah untuk menghargai usaha - usaha yang telah dilakukan oleh pelajar bagi memperoleh keputusan yang cemerlang. Justeru itu, ianya dapat memotivasikan semua pelajar untuk mencapai kecemerlangan akademik. Semoga pelajar Jabatan Perdagangan terus berusaha untuk kecemerlangan diri, jabatan dan Politkenik Melaka.

 

   

    

    

Disediakan oleh: Nur Izzatie Husna Zawawi

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas