como crear una pagina web

Oleh Jabatan Kejuruteraan Elektrik


Pada 27 Februari 2025 - Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Melaka terus komited dalam menjalankan tanggungjawab sosial melalui program CSR TVET JKE: Pemerkasaan Komuniti Melalui Kemahiran Teknikal yang dilaksanakan di Masjid Al Faizin, Kg Padang, Bukit Lintang, Melaka. Program ini melibatkan 9 orang staf, 24 orang pelajar JKE, seorang alumni dan beberapa orang ahli Jawatankuasa masjid serta penduduk kampung.

Dalam program ini, para pelajar menunjukkan kemahiran teknikal mereka melalui pelbagai aktiviti termasuk kerja-kerja pendawaian elektrik, pemasangan kipas, pembersihan penghawa dingin serta gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran masjid. Inisiatif ini bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti setempat tetapi turut membantu pelajar mengaplikasikan ilmu TVET dalam situasi sebenar.

Program ini berjaya mencapai objektifnya dalam memperkasakan peranan Politeknik Melaka sebagai peneraju TVET, membina hubungan erat dengan komuniti, mempromosi program kejuruteraan elektronik (kawalan) serta memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna kepada pelajar. Diharapkan inisiatif sebegini dapat diteruskan dan diperluaskan pada masa akan datang.

#teamdjkpmk
#TVETforAll
#PoliteknikMelaka



BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas