PROGRAM "SMART CONSUMER LOVES NATURE: COASTAL CONSERVATION" DIDIK PELAJAR IPT JAGA KELESTARIAN PANTAI
Oleh : Mohd Khairuddin bin Ahmad Khair
Melaka, 26 Februari 2025 –Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Melaka telah menganjurkan Program "Smart Consumer Loves Nature: Coastal Conservation" yang bertujuan mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Negeri Melaka mengenai kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar dengan memberi penekanan kepada aktiviti pemuliharaan pantai. Seramai 10 orang Gerakan Pengguna Siswa Politeknik Melaka telah mengambil bahagian didalam program yang dianjurkan ini.
Program yang berlangsung di Pantai Puteri Melaka ini melibatkan lebih 50 peserta termasuk pelajar, pensyarah, dan sukarelawan komuniti setempat. Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah gotong-royong membersihkan pantai, sesi ceramah kesedaran ekologi serta bengkel amalan pengguna bijak dan lestari.
Dengan penganjuran program ini, Gerakan Pengguna Siswa Politeknik Melaka berharap dapat meneruskan usaha mendidik masyarakat mengenai kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar, sekaligus menyemai sikap tanggungjawab terhadap pemuliharaan alam bagi memastikan warisan semula jadi terus terpelihara.