como crear una pagina web

Oleh: Muhamad Faiz Jofri

Politeknik Melaka, 23 Januari 2025 – Mekanikal Engineering Student Affair's Club (MESAC) telah berjaya menganjurkan program Bengkel Kertas Kerja yang diadakan pada 23 Januari 2025 bertempat di TECC Room 1, Politeknik Melaka. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan kepada ahli jawatankuasa MESAC Sesi II 2024/2025 mengenai penulisan dan penyediaan kertas kerja yang efektif. Seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada ahli jawatankuasa MESAC telah menyertai bengkel ini. Mereka turut dibimbing oleh seorang pensyarah En Muhamad Faiz Bin Jofri yang berperanan sebagai fasilitator sepanjang program berlangsung. Kehadiran pensyarah tersebut bukan sahaja membantu peserta memahami konsep dan teknik penulisan kertas kerja tetapi juga memberikan bimbingan praktikal untuk memastikan setiap peserta dapat menghasilkan kertas kerja yang berkualiti. Menurut kenyataan pihak penganjur, bengkel ini merupakan langkah awal dalam memperkasakan ahli jawatankuasa MESAC supaya lebih bersedia menghadapi cabaran dalam melaksanakan pelbagai program dan aktiviti kelab pada masa hadapan. Dengan penganjuran bengkel ini, MESAC membuktikan komitmen mereka dalam melahirkan ahli jawatankuasa yang berdaya saing dan berkebolehan, sekaligus menyumbang kepada pembangunan kelab dan juga Politeknik Melaka secara keseluruhannya. Program seperti ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan kesinambungan latihan dan pembangunan kemahiran dalam kalangan pelajar.

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas