Pelajar PMK@HARI TOLERANSI SEDUNIA 2024

Ditulis oleh : Siti Salbiah Binti Ahmad Shariff

16 November 2024, Sabtu. Kementerian perpaduan Negara telah berjaya melaksanakan sambutan hari toleransi sedunia bagi tahun 2024, bermula seawal jam 7 pagi hingga 12 tengah hari. Sambutan telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perpaduan Negara iaitu YB Senator Puan Saraswathy Kandasmi. Pelbagai aktiviti yang dijalankan sekitar Bandar Hilir, Melaka yang melibatkan pelbagai kaum, agama dan bangsa. Aktiviti dimulakan dengan senamrobik, perasmian dan berjalan beramai-ramai di sekitar Bandar Hilir berkonsepkan kepelbagaian bangunan sejarah mencerminkan bangsa, kaum dan agama. Objektif program adalah untuk membentuk perpaduan yang erat di kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai melalui generasi dalam definisi toleransi. Politeknik Melaka telah menghantar 9 orang pelajar Dan 2 Staf akademik dalam meraikan sambutan hari toleransi tersebut. Impak program adalah penghayatan dalam erti kata toleransi dalam mengeratkan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia.

Antara aktiviti yang dilakukan di sepanjang sambutan Hari Toleransi Sedunia 2024 Harmoni dengan Kepelbagaian