Oleh: Suriani Nasution binti Padzlan

Satu lawatan akademik (aktiviti PPI) telah dijalankan pada 1 Oktober 2024 bertempat di Jalan Genting Peras, B32 Selangor melibatkan 28 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Awam (semester 3) diiringi oleh 4 orang pensyarah iaitu En. Khairulzamil bin Md. Nazimuddin, Pn. Shahrun Nazida binti Salleh, Pn. Suriani Nasution binti Padzlan dan En. Arman bin Md. Said. Lawatan akademik ini dijalankan bagi melengkapkan elemen di dalam penilaian Kajian Kes bagi kursus Geotechnical Engineering (DCC30093).

 

Lokasi pertama kawasan pembaikan cerun

Lokasi kedua kawasan pembaikan cerun

Objektif lawatan akademik ini adalah memberi pendedahan lebih mendalam kepada pelajar berkenaan situasi sebenar dan aplikasi kestabilan cerun bagi menyiapkan kajian kes. Program ini juga boleh dijadikan sebagai satu platform terbaik kepada pelajar untuk mendapatkan pengetahuan berkaitan kestabilan cerun.

Ketua rombongan,En. Khairulzamil bergambar bersama pihak-pihak yang terlibat

Keselamatan pelajar sentiasa dititik beratkan

 

Projek pembaikan cerun ini melibatkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor selaku pelanggan, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) & Infrasel sebagai Konsesi bagi Kontrak Jangka Panjang (KJP) Penyelenggaraan Jalan Negeri Selangor dan ISL Intergrated Sdn Bhd sebagai QAQC & Independent Checker bagi KJP. Kaedah pembaikan cerun yang digunakan adalah ‘Soil Nailing’ berdasarkan kepada analisis yang telah dijalankan. Rombongan disambut dengan sangat baik oleh kesemua pihak yang terlibat dan sentiasa menekankan aspek keselamatan sepanjang sesi lawatan.

Proses grouting sedang dijalankan pada tetulang

Penerangan tentang Ujian Pull Out Test for Soil Nailing

Para pelajar sangat teruja dan merasakan lawatan ini sangat bermanfaat untuk mereka mengadaptasi ilmu yang dipelajari seiring dengan kepesatan teknologi pembinaan yang semakin mencabar. Lawatan ini juga memberi satu pengalaman baru kepada pelajar kerana aktiviti ini melibatkan pembelajaran dan pengajaran dari pengalaman sebenar di tapak bina. Pada masa yang sama perkongsian ilmu ini juga meningkatkan motivasi dan memupuk semangat ingin belajar dan berjaya dalam diri pelajar.

Pelajar DKA3A

Pelajar DKA3B

Pelajar DKA3C