PgR Muhadir Bin Saeman

MELAKA, 3 Oktober 2024 - Seramai 224 pelatih Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS) dari enam belas (16) pusat pengajian Universiti Awam dan Politeknik seluruh negara telah ditauliahkan watikah Pegawai Sukarelawan Muda berpangkat Penolong Penguasa Kanan RELA (PPgKR) oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri (MDN) Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertempat di Politeknik Merlimau, Melaka. Siswa Siswi ini telah berjaya menamatkan enam (6) jenis kursus melalui modul dan silibus RELASIS Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) sepanjang lima (5) semester pengajian. Modul Latihan RELASIS bertujuan untuk memperkasakan kemahiran komunikasi (soft skill), ketahanan mental dan fizikal, semangat cintakan negara, memupuk jati diri, semangat berpasukan dan kesukarelawanan. Seramai 4 orang Siswa Siswi dari Politeknik Melaka telah ditauliahkan pada majlis kali ini. Mereka adalah PPgKR Muhamad Mu’az Naqiuddin Bin Vira (JKM), PPgKR Nur Afifah Afrina Binti Zul Izaman (JKA), PPgKR Nur Syaza Alia Binti M Syarizal (JKA) dan PPgKR Nurul Nor Suhaila Binti Saabani (JKA). Pegawai Bersekutu Politeknik Melaka yang turut hadir ke majlis pentauliahan ini ialah Komander RELASIS PgR Muhammad Hafiz B Kamarudin, Timbalan Komander RELASIS PgR Ts Mohd Farizzal B Dolah Muhamad dan Adjutan RELASIS PgR Muhadir B Saeman.MAdalah diharapkan lebih ramai lagi Siswa Siswi Politeknik Melaka yang menganggotai Briged RELASIS dapat ditauliahkan pada masa akan datang.

 Disediakan oleh: PgR Muhadir Bin Saeman

                          Adjutan RELASIS Politeknik Melaka