Oleh : Zariyah binti Abdullah

10 September 2024, PMK- Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Industri Politeknik Melaka Bil 2/2024 dan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan kepada Ahli JK Penasihat PMK yang baharu telah diadakan di Bilik Persidangan PMK pada 10 September 2024. Watikah pelantikan telah diserahkan kepada 7 penasihat industri yang telah dilantik bermula Mei 2024 hingga April 2026. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBrs. Ir Sahrul Nizar bin Shaari dan dihadiri 8 orang ahli jawatankuasa penasihat industri PMK. Ahli jawatankuasa yang hadir terdiri daripada pegawai-pegawai peringkat atasan di dalam sesebuah syarikat atau agensi yang berpengalaman.Beberapa usul telah dibentangkan dalam mesyuarat pada kali ini. Antaranya adalah menjemput pihak industri untuk memberi taklimat industri dalam program PMK bersama pelajar. Hal ini disambut baik oleh En.Mohd Nornaskhi, Pengurus Kanan Premier Horizon Ventures Sdn Bhd dan semua wakil industri yang hadir. Di pihak pengurusan PMK, PMK menawarkan khidmat kepakaran Latihan Auto Desk Inventor kepada pihak industri. Selain itu, PMK mempelawa industri untuk menyumbang peralatan dan kemudahan PdP kepada PMK. Ir. Shahrul dari Innovacia selaku Pengerusi menyambut baik cadangan tersebut. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari. Syabas dan tahniah kepada Unit CISEC dan Urusetia Kolaborasi atas penganjuran mesyuarat pada kali ini. Diharapkan mesyuarat yang diadakan ini dimanfaatkan untuk perkongsian idea dan buah fikiran bagi memperbaiki mutu pembelajaran pelajar, kebolehpasaran graduan politeknik, dan kebolehdapatan kerja graduan Politeknik Melaka selari dengan Revolusi Industri 4.0.