Oleh : Amira Abdul Wahid

 

Alor Gajah - Unit Pengurusan Psikologi bersama Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) Politeknik Melaka telah menganjurkan Program Young Leaders Pembimbing Rakan Siswa (PRS) pada 5 Oktober 2024 bertempat di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka.

Seramai 29 orang ahli jawatankuasa PRS yang telah menyertai program ini dan peserta adalah terdiri dari pelajar setiap jabatan dan jawatankuasa kem ini juga terdiri dari barisan Jawatankuasa PRS. Program Young Leaders PRS ini telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar (KJHEPP), Politeknik Melaka iaitu Pn. Nor Azah binti Mat Sout.

Bengkel ini adalah bertujuan untuk mendedahkan serta melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri, semangat kerja berpasukan dan asertif diri yang tinggi. Selain itu, bengkel ini dijalankan bagi tujuan untuk memberi pendedahan tentang asas dan konsep kepimpinan yang tinggi kepada peserta yang terlibat, meningkatkan budaya kerja berpasukan dan memupuk semangat Kerjasama. Melalui program ini juga peserta dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan seterusnya mewujudkan budaya kepimpinan dalam kalangan pelajar Politeknik Melaka.

  Semua aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini telah diselitkan berkaitan modul seperti asas kepimpinan, kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan.

 

Laporan disediakan oleh:

Unit Pengurusan Psikologi

Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar

Politeknik Melaka