Oleh : Mohd Khairuddin bin Ahmad Khair

 

2 Oktober 2024 - Politeknik Melaka telah menganjurkan Program Pertandingan Bowling yang berlangsung meriah di Melaka International Bowling Centre (MIBC), Ayer Keroh. Program ini berjaya menarik penyertaan pelbagai kumpulan daripada pelajar, staff politeknik yang datang bersama-sama bagi memeriahkan acara. Tujuan utama pertandingan ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara warga politeknik serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan peserta.

Pertandingan ini turut menawarkan hadiah menarik kepada pemenang, bagi kategori lelaki tempat pertama dimenangi oleh kumpulan cahaya di hati, tempat kedua jatuh kepada 4 budak baik dan tempat ketiga dimenangi oleh bob and friends. Bagi kategori perempuan, tempat pertama dimenangi oleh kumpulan starzz, tempat kedua pula pin crushers dan tempat ketiga jatuh kepada the angry birdzz. Selain itu, pemenang untuk jatuh pin terbanyak bagi kategori lelaki dan perempuan individu ialah Muhammad Asfa Bin Mohd Yusri dan Nurul Syazwani Binti Mas’od. Para pemenang akan mendapat hadiah wang tunai dan pingat. Program ini bukan sahaja dapat memperkukuh semangat berpasukan, malah ia juga menjadi platform bagi mengasah bakat bowling dalam kalangan warga politeknik. Ketua Jabatan Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Ketua Unit Hal Ehwal Pembangunan Pelajar turut hadir memeriahkan majlis penyampaian hadiah, menyampaikan penghargaan kepada semua peserta dan pemenang.

Program ini mencerminkan komitmen Politeknik Melaka dalam menganjurkan aktiviti yang bermanfaat bagi komuniti kampus, sekaligus memperkukuhkan hubungan antara warga politeknik melalui sukan yang santai dan menyeronokkan.