2 OKTOBER 2024, Politeknik Melaka - Jawatankuasa Commerce Club PMK telah menganjurkan Majlis Apresiasi - Anugerah Ketua Jabatan di Dewan Serbaguna Politeknik Melaka. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk menghargai usaha yang telah dilakukan oleh pelajar bagi memperoleh keputusan yang cemerlang bagi sesi lalu. Hal ini adalah untuk memotivasikan semua pelajar bagi mencapai kecemerlangan akademik.

   

Terdapat dua anugerah khas disediakan untuk Majlis Apresiasi kali ini iaitu, Anugerah Pelajar Cemerlang Keseluruhan bagi Program Diploma Akauntansi dan Diploma Perniagaan Antarabangsa.

Selain daripada itu, turut dijalankan majlis watikah pelantikan Jawatankuasa Commerce Club bagi sesi 1 2024/2025. Semoga pelajar Jabatan Perdagangan terus berusaha untuk kecemerlangan diri, jabatan dan  Politkenik Melaka.

\

Disediakan oleh: Nur Izzatie Husna binti Zawawi