HISHAMUDDIN SHAH IBRAHIM

17 April 2024 – Kg Ulu Seraja, Parit Melana. Hujan yang turun dengan lebatnya dalam minggu ini menyebabkan banyak kawasan rendah telah terjejas bila dinaiki air. Bergerak atas laporan diterima dari kumpulan whatsaap, bantuan diperlukan bagi membersihkan rumah warga emas. Dengan kekuatan pelajar seramai 12 orang, MESAC bergerak seawal jam 9.00am ke lokasi.

Setibanya dilokasi , kami bertemu dengan tuan rumah bagi membuat penilaian kerosakan dan penentuan jenis kerja pembersihan yang perlu dilakukan. Kerja pembersihan dibahagikan kepada 3 fasa.

Fasa pertama ialah dengan mengeluarkan kesemua perabot, katil , permaidani yang basah dan lain lain dari dalam rumah dan juga dapur. Cabaran menjadi sukar apabila sebahagian perabot telah rosak disebabkan terendam di dalam air.

Fasa kedua ialah dengan membersihkan lumpur dan pasir dari dalam rumah dan bilik tidur. Kerja- kerja ini menjadi rumit apabila lantai ruang tamu dan bilik yang tidak sekata menyukarkan untuk kerja pembersihan. Namun hasil kerjasama semua kami berjaya mengatasi. Setelah itu kerja pembersihan seterusnya ialah dengan kerja cucian menggunakan sabung pencuci agar kekotoran lumpur benar-benar bersih.

Fasa ketiga selepas kerja pembersihan diselesaikan , kami menyusun semula perabot , katil dan kerusi masuk kedalam rumah .

Usai kerja pembersihan kami pulang ke Politeknik Melaka di saat azan Zohor berkumandang. Hinggakan gambar bersama tuan rumah pun tiada.

JKM LIKE NO OTHERS

#justfocusonyourjob