como crear una pagina web

Oleh : Mohd Khairuddin bin Ahmad Khair

 

Melaka, 21 Mac 2025 – Sempena kedatangan Syawal yang bakal menjelang, Politeknik Melaka telah menganjurkan Majlis Penyampaian Sumbangan Duit Raya kepada Pelajar Anak Yatim dan Yatim Piatu, sebagai tanda keprihatinan serta usaha menyemarakkan semangat kasih sayang dalam kalangan warga politeknik.

Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan Pelajar ini berlangsung di Politeknik Melaka dan melibatkan lebih 20 pelajar anak yatim serta yatim piatu daripada pelbagai program pengajian. Selain menerima sumbangan duit raya, para pelajar turut diraikan dalam suasana mesra dengan serta sesi ramah mesra bersama barisan kepimpinan politeknik.

Sumbangan duit raya yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Akademik, Puan Zeyana binti Abdullah merupakan merupakan dana daripada warga politeknik, diharapkan dapat membantu pelajar dalam persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Dengan penganjuran majlis ini, Politeknik Melaka berharap dapat meneruskan usaha kebajikan sebegini setiap tahun bagi memastikan kesejahteraan pelajar yang memerlukan, serta mengukuhkan budaya prihatin dan kasih sayang dalam komuniti kampus.

BERITA PMK

CAPAIAN POPULAR

Ke Atas